kita mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain
membawa bersama kenangan manis
dan impian hidup yang ingin di kongsi
seperti sebutir habuk yang di tiup angin
kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan..
kita memikul beban..
pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan
kisah silam yang ingin kita lupakan
berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yang baru..
satu hari kita akan sedar..
melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup
yang akan mendewasakan kita kelak
nak tak nak kita terpaksa membuat pilihan
dan berhadapan dengan pelbagai dugaan
dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan
pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru
dan ianya akan membawa kita pulang
kita harus sedar
perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah
seperti yang kita impikan
hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit
badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat
hati yang kita harap akan lembut semakin keras
dan kesunyian yang membelenggu diri..
menjadikan kita semakin teringin
untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan
kita tahu... bukannye tak tahu..
kita perlu berani membebaskan diri
berani untuk melupakan kenangan silam
dan mencari ketenangan
tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini
selangkah demi selangkah
bergelut dengan diri sendiri
dan berhadapan dengan beban yang datang mencari
apabila kita sedar dunia yang telah kita bina
sebenarnya rapuh dan mula retak
kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan
kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan
kita hanya boleh bersedia
dan menunggu peluang
untuk merampas kembali
apa yang telah
HILANG..
No comments:
Post a Comment