18 August 2009

s e n y u m a n

amek dr fyra :D sry syg.. ha ha ha

Memang benar telah ditakdir begini
Ditulis indah olehNYA begini
Haruskah aku menafi? Perlukah aku menyalahkan takdir ini?
M u s t a h i l
Aku perlu terima kerana aku hanyalah hamba

Dalam duka, aku ukir senyuman
Air mata menitis deras
Hati terluke.
Dalam.
Perit.
Pedih.
Namun senyuman ini masih mahu ku ukir.
Biarlah ramai yang kate
Senyumanku nampak tawar
Senyumanku, senyuman palsu
Tapi masih ku gagahi untuk mengukirnye
Hanya kerane satu
kerana aku mahu dia tahu aku kuat
Kuat memegang kata-katanya
Sedang sebenarnya di hati ini telah
Remuk
Hanco

Ya Allah, aku masih beriman kepadaMU
Aku tak pernah menyalahkanMU atas apa yang terjadi
Atas setiap tulisanMU di dalam diari hidupku
Kerana aku tahu Kau Maha Mengetahui
Kau lebih tahu tahap kemampuanku
Kerana itu Kau menguji aku sebegini

Ya Allah, yang aku mohon
Kau tenangkan diriku, Kau tenangkan dirinya
Semoga dia tak rasa sekelumit kesal dan bersalah
Atas setiap patah ungkapannya
Atas setiap tingkahnya padaku

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku mohon juga kepadaMU
Berikan hanya yang terbaik kepadanya
Jangan lah kau duganya dengan dugaan hebat sehingga tiade kuntuman senyum dibibirnya
Kerana aku bahagia melihat senyumannya.

Senyuman dari
Manusia kesayangan ku.