02 September 2008

-KaWaN-

setiap orang perlukan kawan..
teman..
geng..
orang2 yang kita bleh berhubung..
tapi apekah itu kawan!?
geng warung kopi..?
member seperjuangan..?
member lepak2..?
rakan2 skolah..?
atau kawan2 yang bersama kita semasa kita kecil..?
takde prajudis
takde perbezaan
takde pertandingan
takde persaingan
sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata..
dan kita mulai nampak..
dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih..
takde hal..
skarang ni stakat nak buat kawan memang cepat
senang dan pantas..
tak payah keluar rumah..
tak payah bangun kerusi..
tenung skrin komputer
keletak keletuk je keyboard..
boleh suka benda yang sama..
tak suka pun takpe..
kenal tak kenal..
belakang cerita
risiko kita tanggung sendiri
kerana persahabatan adalah satu pengembaraan
yang tak boleh di duga..
kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan
teman dan rakan
untuk mengisi kekosongan
tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita
hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali
hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan..

No comments: